The Reporter

2 lelaki tua beli ‘nombor ekor’ untuk cari duit raya, ditahan JAIM



Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam telah menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas yang membeli nombor ekor di premis menjual nombor ekor di Masjid Tanah. 


Dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (Perjasa) yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga jam 2 petang itu, dua lelaki berusia 52 dan 63 tahun itu dikesan berada di kaunter premis tersebut. 


Mereka yang dipercayai sedang sibuk membuat pembelian nombor ekor itu dikatakan tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JAIM yang sedang memerhati mereka. 


Namun selepas menyedari kehadiran penguatkuasa JAIM, mereka bergegas meninggalkan kaunter tetapi berjaya ditahan dan diperiksa. 


Ketika disoal siasat, mereka memberi alasan membeli nombor ekor untuk mencuba nasib dan hasilnya kelak boleh digunakan untuk perbelanjaan sambutan hari raya. 


Ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak, mereka mengaku berpuasa. 


Kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM1,00 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...