The Reporter

'Siapa kata insiden petik cili jiran punca saya minta cerai?' - Diana Danielle sangkal kenyataan Farid Kamil



Pelakon Diana Danielle menyangkal kenyataan suaminya, Farid Kamil yang kononnya keliru mengapa dia diperlakukan seperti itu. Malah, Diana menafikan tindakannya memfailkan permohonan cerai adalah disebabkan oleh insiden petik cili. 


"Siapa kata insiden petik cili adalah sebab saya meminta untuk diceraikan? Saya sudah meminta diceraikan dua hari sebelum kejadian itu. 


"Dia tahu, bukan tak tahu. Saya beritahu dia yang saya akan menuntut perceraian. Dia kata teruskan dan minta saya percepatkan. Sekarang apa? Berpura-pura keliru? 


"Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan. Insiden petik cili yang menyebabkan Aurora masih ketakutan untuk berjumpa dengan dia. Awak nak saya paksa dia hanya untuk menggembirakan semua orang? 


"Muhammad ada bertanya sekiranya dia boleh balik beraya di Kedah, pagi ini. Tetapi apa yang Aurora kata, 'Saya perlu ikut sekali?'. 


"Saya tak takut, Aurora berusia lapan tahun dan boleh bersuara sendiri. Kalau orang ingat saya yang mempengaruhinya, sampai bila? Dia ada perasaan dan ia mengambil masa beberapa mingu untuk dia berhenti menangis apabila kami menyebut nama dia (Farid) dan bercakap tentang insiden itu. 


"Kalau awak fikir ia hanya sekadar insiden yang kecil, itu awak. Awak tak boleh menafikan apa yang dia (Aurora) rasakan. 


"Dia boleh buat perkara itu nampak kecil, tetapi amukannya pada hari itu bukannya kecil. Kalau ye, kenapa apabila saya menghubungi polis untuk datang mengambil kami daripada rumah dan bila polis tiba ketuk pintu, dia tak nak buka? 





"Polis ketuk berjam-jam lamanya, menunggu saya untuk membawa anak-anak keluar melalui pintu utama. Tetapi kami terpaksa memanjat pintu sebab dia tak nak bukakan pintu. Kenapa? 

"Menarik bila mana sesetengah orang boleh membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi tidak secara peribadi. 


"Saya tak minta apa-apa lagi. Saya takkan minta untuk apa-apa lagi. Sudah," katanya menerusi hantaran di Instastory hari ini. 


Sumber: Instagram Diana Danielle

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...