The Reporter

'Adakah kita menghina kaum kita (wanita) sendiri?' - Tauke Jambu tak setuju isteri kedua, ketiga digelar sebagai penyondol



Kebelakangan ini, banyak kes penyondol sama ada melibatkan orang awam ataupun selebriti yang disiarkan di pelbagai platform media sosial. 


Satu demi satu kes muncul membuatkan netizen tidak sempat untuk berehat dan berterusan menyatakan solidariti terhadap insan yang menjadi pilihan mereka untuk disokong. 


Namun, istilah 'penyondol' yang digunakan terhadap orang ketiga dikatakan tidak sesuai atau tidak tepat kerana ia seolah-olah menghina kaum wanita itu sendiri. 


Pelawak Tauke - Jambu berpendapat, penyondol itu lebih sesuai untuk haiwan, bukannya untuk manusia. 


"Salam sahabat beriman. Penyondol? Yang menyondol ini definisinya ialah seperti haiwan.. umpamanya seperti khinzir atau badak sumbu atau yang sewaktu dengannya. 


"Wajarkah kita menggelar seseorang seperti (manusia itu) dengan gelaran tersebut? Sedangkan dalam Al-Quran sendiri Allah berfirman, kahwinlah satu, dua dan tiga. 


"Adakah kita menghina kaum kita (wanita) sendiri? Adakah isteri-isteri kedua dan ketiga Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu adalah seperti itu? Adkaah mereka penyondol?


"Jika tidak, janganlah kita sewenang-wenangnya menghina atau menggelar seseorang seperti itu. Mengerti akan redha dan takdir. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui," katanya dalam hantaran yang dikongsikan di Instastory beberapa hari lalu. 




Tidak dinafikan, memang banyak kes perceraian rumah tangga yang dilaporkan media baru-baru ini yang melibatkan orang ketiga. Tetapi tindakan mereka mendedahkan perihal dalam kain mengundang rasa kurang senang netizen yang beranggapan perkara seperti itu tidak wajar dikongsikan kepada umum. 


Sebaliknya, pasangan yang terlibat haruslah bertenang dan berbincang secara tertutup tanpa melibatkan orang awam menjadi hakim yang tidak bertauliah. 


Sumber: Instagram Tauke Jambu

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...