Seorang anak nekad membunuh bapa kandunganya dalam kejadian Khamis lalu, 30 Mac 2023, di Kecamatan Siak Hulu, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia.
Suspek yang dikenali sebagai MF, 25, membunuh bapa kandunganya, Otriman, 63, dengan menetak mangsa menggunakan parang.
Ketua Polis Siak Hulu, Zainal Ariffin berkata, suspek telah berjaya ditahan dan siasatan mendapati, suspek membunuh bapanya kerana bengang tidak diberikan wang untuk membeli rokok.
"Suspek minta wang untuk membeli rokok, tetapi tidak diberi oleh bapanya. Suspek marah dan memukul kepala bapanya sehingga terjatuh," katanya.
Setelah terjatuh, suspek mengambil sebilah parang lalu menetak leher mangsa yang menyebabkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
"Suspek menetak leher bapanya sendiri menggunakan parang sehingga meninggal dunia," kata Zainal.
Siasatan juga mendapati, suspek tidak bekerja dan sering meminta wang daripada bapanya. Apabila permintaannya tidak ditunaikan, suspek akan mengamuk.
Sumber: Kompas