The Reporter

'Boleh awak hisap lidah saya?' - Dalai Lama mohon maaf selepas videonya aniaya kanak-kanak tular di media sosial



Pemimpin agama Tibet, Dalai Lama tampil memohon maaf hari ini berhubung tindakannya meminta seorang kanak-kanak lelaki menghisap lidahnya yang mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial. 


Sami Buddha itu memohon maaf selepas video yang menunjukkan perbuatannya itu tular meluas di serata platform media sosial. 


Difahamkan, video itu dirakam ketika Dalai Lama, 87, menghadiri acara di McLeod Ganj, bandar Dharamshala, utara India pada 28 Februari lalu. 


Berdasarkan dialog yang kedengaran dalam video itu, Dalai Lama berkata, "Bolehkah awak menghisap lidah saya?" katanya selepas dia mencium bibir kanak-kanak itu sambil membongkok untuk memberi penghormatan. 


"Beliau memohon maaf kepada kanak-kanak lelaki itu dan keluarganya, serta rakan-rakan di seluruh dunia kerana kata-katanya yang mungkin melukakan hati banyak pihak," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui akaun Twitter rasminya. 


"Beliau selalu mengusik dan bergurau dengan sesiapa yang ditemuinya walaupun di khalayak ramai dan di hadapan kamera. Beliau menyesali kejadian itu," katanya. 


Bagaimanapun di media sosial, netizen tetap enggan menerima sebarang kenyataan daripada Dalai Lama yang kini dianggap sebagai jijik dan menyeramkan. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...