The Reporter

'Bonus' untuk penjawat awam di Sarawak hanya akan diberi pada hujung tahun, untuk berlaku adil kepada semua pihak



Persoalan penjawat awam di Sarawak mengenai 'bonus' akhirnya terjawab apabila Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg memaklumkan tiada bantuan khas kewangan Aidilfitri akan diberi sempena Hari Raya Aidilfitri 2023. 


Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sarawak mengambil pendirian yang berbeza dengan persekutuan atau negeri-negeri lain kerana mengambil kira akan kepelbagaian masyarakat dan kaum di negeri ini. 


Dan bagi memberi keadilan kepada semua pihak, bantuan khas kewangan hanya akan diberi pada setiap hujung tahun sahaja iaitu ketika golongan ibu bapa memerlukan bantuan kewangan untuk membeli barangan keperluan sekolah anak-anak. 


Tambahnya lagi, budaya memberi bantuan khas kewangan pada musim perayaan tidak sepatutnya menjadi amalan kerana ada banyak lagi perkara lain yang lebih penting. 


"Kita tidak mahu ini menjadi budaya setiap kali kita menyambut perayaan kerana banyak perayaan kita raikan selain Aidilfitri seperti Hari Gawai, Tahun Baru Cina dan Krismas. 


"Kita mesti adil dalam semua perayaan dan mahu masyarakat pelbagai kaum menikmati bantuan itu bersama-sama dan memanfaatkan bantuan itu untuk perkara yang lebih penting. 


"Apa yang kita putuskan ialah, galakkan rakyat supaya berbelanja dengan bijak ketika menyambut perayaan kerana jika kita memberikan bantuan tunai, wang itu habis untuk perayaan sahaja. 


"Yang paling penting, kita harus memberi keutamaan kepada keperluan persekolahan anak-anak. Sebab itu kerajaan Sarawak memberi bonus setiap hujung tahun (satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000) kerana dengan cara itu, semua masyarakat akan merasa dan meringankan beban untuk menyediakan keperluan sekolah," katanya. 


Sumber: Hari Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...