The Reporter

Diana Danielle izinkan Farid Kamil bawa anak-anak pulang beraya di kampung, Kedah



Pelakon Farid Kamil diberi kebenaran oleh isterinya, Diana Danielle, untuk membawa dua orang anak mereka iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, untuk balik ke kampungnya di Kedah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. 


Perkara itu disahkan oleh Peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader di mana Farid dibenarkan untuk mengambil dua anaknya di rumah Diana, sehari sebelum Aidilfitri. 


"Anak guam tidak ada halangan untuk Farid mengambil dua anaknya kerana perkara itu sudah diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini," katanya. 


Mengenai Aurora yang dikatakan masih trauma, Akberbin menjelaskan, kanak-kanak itu mengalami trauma kerana ditengking oleh Farid, disuruh tidur di pintu tandas ekoran insiden petik cili di rumah jiran. 


Hakim juga telah menembual dua beradik berkenaan mengenai perkara itu dan Diana tidak kisah untuk memberi kebenaran kepada Farid untuk berjumpa dengan Aurora sekiranya dia sudah pulih dari trauma. 


Media sebelum ini melaporkan, Farid tidak sabar bertemu dengan anak-anaknya semula dan merancang untuk membawa mereka beraya di kampung. 


Mahkamah sebelum itu memberikan hak penjagaan dua beradik itu kepada Diana sehingga 30 Mei ini. Dalam masa sama peguam kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai hak lawatan dan hak membawa pergi Kedah. 


Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...