The Reporter

'Kenyataan Diana bercanggah dengan laporan polis telah dibuat' - Farid Kamil



Pelakon Farid Kamil hari ini tampil menafikan dakwaan isterinya, Diana Danielle, menerusi kenyataan ringkas di Instastory. 


Menurut Farid, kenyataan panjang yang dikeluarkan oleh Diana itu adlaah bercanggahan dengan laporan polis yang telah dibuat sebelum ini. 


"Assalamualaikum. Sebagai makluman 'umum' ke atas kenyataan Diana Lee Beeson di Instastory. Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat. 


"Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah," katanya. 


Diana sebelum ini mendakwa Farid culas memberi nafkah dan sudah empat bulan tidak menunaikan tangggungjawabnya itu. 


Selain itu, anak perempuan mereka, Aurora, 8, turut trauma dengan insiden petik cili di rumah jiran di mana Diana mendakwa Farid menghukum anaknya mengikut emosi sehingga membuatkan Aurora ketakutan dan tidak bersedia untuk bertemu dengan bapanya. 


Disebabkan hal yang sama, Diana yang bimbangkan keselamatan diri dan anak-anaknya terpaksa menghubungi polis untuk membawa mereka keluar daripada rumah itu.


Namun, Farid dikatakan tidak mahu membuka pintu biarpun anggota polis telah mengetuk pintu dan terpaksa menunggu Diana dan anak-anaknya beberapa jam.


Sumber: Instagram Farid Kamilz

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...