The Reporter

'Mula² susah, tapi bila dah biasa perbelanjaan bulanan kami lebih teratur'

Amat penting bagi kita merekod perbelanjaan setiap hari agar, sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin. Dengan adanya rekod perbelanjaan, barulah kita dapat melihat dan mengehadkan perbelanjaan agar tidak terlebih berbelanja dari gaji bulanan. 

"Semalam dapat gaji, hari ini sudah habis, Mana boleh hidup itu macam bro!" 

Ada yang pernah gunakan apps, namun hangat-hangat tahi ayam di hari ketiga. Jadi, bagaimana mahu merekodkan perbelanjaan harian kita? 

Cuba amalkan tips yang dikongsikan oleh lelaki ini. Mungkin ianya mudah kerana adanya penyertaan dari keluarga sendiri di samping dapat memantau apa yang dibelanjakan oleh orang rumah kita. Bila sudah biasa dengan kaedah ini, mungkin boleh bertukar ke apps khas pula, kan?




Senang saja nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa perlu membawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita merekodkan perbelanjaan setiap hari. 

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula nampak macam susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis semua itu? Tetapi saya dapat idea sendiri dan ianya sangat mudah. Idea ini menyebabkan saya dan Aimi Nazihah (isteri) berjaya amalkan sampai hari ini. 

Caranya begini, kita semua kerap pegang handphone. Jadi, buat satu group WhatsApp yang mana ahlinya antara suami dan isteri sahaja. Letak nama group, Money Tracker. Setiap kali selepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group WhatsApp itu. 
  • Makan tengah hari -RM8.00
  • Minyak kereta -RM50.00
  • Parking -RM1.00 
  • Bil Elektrik -RM78.00
  • Econsave -RM45.50
  • Laptop -RM1,450
  • Ali bayar hutang +RM300.00
  • Bonus +RM500.00

Simbol '-' adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol '+' pula adalah sebagai pendapatan atau duit masuk. 

Dalam WhatsApp sudah dinyatakan tarikh bila kita hantar mesej dalam group. Jadi, hujung bulan kelak kita boleh semak semula perkara berikut: 
  1. Berapa duit yang kita dah belanjakan
  2. Bila tarikh kita belanja
  3. Apa yang kita belanja
  4. Belanja lebih bajet atau tak
  5. Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu perbelanjaan setiap bulan terlebih di mana agar lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ini juga boleh digunapakai untuk perkara lain. Kalau nak simpan resepi, lokasi, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group WhatsApp suami isteri dan tulislah apa saja dalam group WhatsApp itu untuk simpanan. 

Semoga bermanfaat. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...