The Reporter

'Benda itu ada dalam bilik, mengilai-ngilai...'


Assalamualaikum min. Saya nak kongsi pengalaman saya ketika berada di asrama di sebuah sekolah di Perlis. Kejadian ni berlaku kira-kira 5 tahun lepas ketika saya berada di tingkatan satu. 

Ketika itu, blok asrama saya 2 tingkat dan berbentuk U. Pelajar tingkatan satu berada di aras bawah, cuma disebabkan bilik tidak cukup, saya ditempatkan di aras atas. Bilik saya terletak di bahagian hujung sedikit. Hujung sekali bilik warden. Selang 2 bilik tingkatan 1 ialah bilik saya, kemudian 2 bilik tingkatan 4, kemudian tangga, dan terus bilik tingkatan 4. 

Blok kami berhadapan dengan kawasan lapang, bersemak dan berhutan, tapi masih dalam kawasan sekolah. Di sebelah blok kami terdapat sebuah kawasan lapang yang ada banyak pokok-pokok besar. Kalau pada waktu malam pokok tu nampak mcam seram sikit.

Pada satu ketika pengetua arahkan pokok2 besar tu ditebang, ada dalam 12-15 pokok semuanya. Masa tu petang, saya sempat la jugak tengok pokok tu ditebang sebab sebelah asrama je. Rupa-rupanya pokok tu ada 'penumpang' jugak.

Malam tu malam cuti sebab esoknya sabtu. Jadi kebanyakkan budak-budak tak pergi melepak. Ada yang pergi ke kafe, yang kaki belajar ke kelas. Kebetulan malam tu ada lawan bola, so ramai la student laki ke dewan makan sebab ada tv, ramai-ramai tengok bola. 

So asrama pada malam tu agak sunyi la sikit, ada beberapa orang je. Saya ni pulak bukan jenis minat bola, jadi saya menuju ke kafe selepas solat isyal berjemaah (wajib). Selepas ke kafe saya terus ke bilik kononnya nak belajar. Bru 10 minit, saya dah mula rasa mengantuk ditambah pulak keadaan asrama yang sunyi.

Bilik saya min ada 4 orang je. Setiap orang satu penjuru. Saya dapat katil di penjuru depan kiri, betul-betul tepi pintu je. Dan semua ahli bilik saya pergi tengok bola, tinggal saya sorang. Disebabkan mengantuk sangat, saya terus padamkan lampu dan terus tido. Saya tak tahu kenapa rasa mengantuk sangat padahal seingat saya baru pukul 9.30 malam. Saya tido seorang dengan lampu ditutup.

Masa tengah sedap-sedap tido min, tiba-tiba saya kena tindih. Badan saya tak boleh gerak. Saya tak berani nak buka mata saya sebab saya terdengar bunyi 'dia' tengah mengilai. Dengar jelas macam dia ada dalam bilik saya. Saya cuba baca ayat-ayat kursi, tapi lidah saya jadi kaku. Saya cuba azan, tapi sama, lidah saya kaku. Yang dengar cuma suara saya macam tengah jerit, tak dengar bunyi macam azan langsung.

Dalam 5 minit tak boleh gerak, tiba-tiba suara tu hilang, dan serentak dengan tu badan saya boleh gerak semula. Tapi saya masih tak berani bukak mata lagi. Masa tu saya tengah tido mengiring ke kanan, sebelah kiri dinding. Saya cuba beranikan diri, buka mata sedikit, dan tiba-tiba saya nampak ada seperti kain putih lalu betul-betul depan mata ke arah luar bilik. Terus saya pejam balik mata. Tak berani nak bukak dan nak bergerak.

Dalam 10 minit saya macam tu, saya beranikan diri terlentangkan badan saya. Yelah takut2 ada yang menumpang katil sekali kan kat belakang. Nasib tak ada apa-apa. Masa tu baru pukul 10, saya terfikir sama ada nak lari keluar atau nak stay je dalam bilik. Tapi saya sedapkan hati saya cakap benda tu dah tak ada. Saya buat keputusan untuk sambung tido je.

Tiba-tiba terdengar buku-buku atas meja belajar diselak kuat-kuat. Terkejut saya min. Tapi saya pujuk hati saya cakap tu cuma angin saja sebab meja belajar tepi tingkap. Baru nak pujuk hati, tiba-tiba terdengar bunyi selipar depan pintu kena sepak, terus saya lari keluar ke bilik sebelah saya. Nasib baik ada seorang kawan saya yang agak alim tengah tido dengan lampu terbukak. Terus saya pergi berbaring sebelah dia dan tertidur sampai pagi esok. 

Keesokannya saya cerita dekat kawan rapat saya, rupanya dia jugak terkena, cuma dia hanya kena tindih sahaja, xde pulak dengar apa-apa. Dan ada jugak kawan saya dalam 3-4 orang yang kena tindih jugak.

Pagi tu jugak saya mesej ustaz saya. Saya dan ustaz saya agak rapat jugak. Saya ceritakan kejadian yang berlaku. Tiba-tiba dia bertanya, "Kat sana ada pokok besar tak?". Saya agak terkejut sebab saya tak cerita pon apa-apa tentang pokok. Terus saya ceritakan tentang pokok di sebelah asrama yang dah ditebang.

Ustaz saya cakap, mungkin saya kena kacau dengan Kak Suir, sebab pokok besar memang rumah dia. Cuma bila pokok tu ditebang, dia hilang tempat tinggal, sebab tu dia cari rumah lain. Dia ajarkan saya supaya membaca bismillah 21 kali sebelum tidur dan 3 Qul. Alhamdulillah malam-malam selapas tu saya dah tak kena ganggu. Saya amalkan apa yang ustaz saya ajar sampai sekarang. Dan sampai sekarang saya masih tak lupa kejadian tu.

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...