The Reporter

'Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? - PM Najib


Baru-baru ini kecoh di media sosial netizen menyelar dua juri program MasterChef UK yang mendakwa hidangan rendang ayam yang dimasak oleh peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin, gagal kerana ayamnya tidak rangup. 

Dua juri berkenaan, John Torode dan Gregg Wallace tidak berpuas hati dengan hidangan tersebut menyebabkan Zaleha tersingkir dari program itu. 


Tidak berpuas hati dengan keputusan dua juri berkenaan, netizen bangkit mempertahankan Zaleha yang ternyata dianiaya oleh dua juri terbabit yang dianggap tidak berpengetahuan tentang masakan tradisional di Asia. Malah netizen turut menyerang John dan Gregg di Twitter tanpa henti. 


Menyedari perkara itu, John kemudian memuat naik tweet yang mengatakan masakan rendang itu mungkin berasal dari Indonesian. Tindakannya mengundang padah dan mengeruhkan lagi keadaan selain didakwa cuba melaga-lagakan netizen Malaysia dan Indonesia. 

Malangnya tindakan John gagal apabila netizen dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu mengecam John tanpa belas kasihan di Twitter. 

Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Victoria Treadell juga menegaskan hidangan rendang ayam tidak pernah ranggup dan tidak sepatutnya disamakan dengan cara masakan Indonesia, tulisnya dalam tweet yang juga ditujukan kepada John dan Gregg. 


Isu ini turut menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkongsikan gambar rendang ayam dengan kapsyen berikut:

"Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood." 


About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...