The Reporter

'Mata merahnya merenung tepat, giginya tajam..' - Akibat tuntut ilmu hitam separuh jalan


Dari Twitter @Akmelnhakim

MAWAS jelmaan dari manusia yang menuntut ilmu hitam separuh jalan sehingga memakan diri. Ini kisah yang diceritakan oleh atuk aku. 

Atuk aku cerita, masa dia muda dulu, di Melaka kecoh tentang Mawas serang kampung. Sampai dia merancang dengan kawan dia nak pergi bunuh mawas itu. 

Selepas itu, atuk aku dengan kawan dia pergi jumpa seorang guru silat untuk menuntut ilmu nak melawan mawas itu. Guru itu pesan,

"Dengan mawas ni tak boleh lawan sebab dia kebal. Kena tunggu masa dia tidur. Selepas itu tepuk belakang mawas itu kuat-kuat. 

"Kalau mawas itu tak toleh, maka ilmu kebal mawas itu akan turun kat kau." katanya. 

Jadi, atuk aku dengan kawan dia pun pergilah ke hutan belantara nak pergi mencari mawas itu di atas bukit belakang kampung dia. Cari punya cari, akhirnya diorang jumpa mawas tengah tidur di tepi pokok besar gila. 

Bila nampak saja mawas itu, kawan atuk aku dah goyang. Dia suruh atuk aku yang pergi tepuk belakang mawas itu. Atuk aku memang berani, perlahan-lahan dia pergi belakang mawas itu dan terus tepuk kuat-kuat. 

PRAAPPP!!! 

Terkejut mawas itu dan terus toleh ke belakang! Atuk aku dalam hati dia, "Ah sudah! Ni mati aku ni.".

Kawan atuk aku terus berlari turun bukit, tinggalkan atuk aku yang menghadap mawas itu seorang diri. 

Atuk aku tak fikir panjang, dia pun berlari ikut kawan dia lari. Segala benda di depan mata, semua dia lompat. 

Mawas itu kejar turun bukit memang laju. Sedepa saja jarak dia dengan atuk aku. Sampai saja di bawah bukit, tiba-tiba kawan atuk aku berhenti berlari dan terus duduk. Atuk aku terkejut, terus dia tarik kawan dia suruh lari lagi. 

"Aku tak boleh dah, tak larat da, penat sangat," kata kawannya. 

Atuk aku lepas tangan kawan dia sebab mawas itu dah dekat sangat. Atuk aku lari dan menyorok di belakang pokok, sambil mengintai kawannya yang duduk itu. Dia nampak mawas itu berdiri betul-betul di depan kawan dia sambil merenung dengan mata merah dan gigi taringnya terkeluar. 

Tiba-tiba mawas itu toleh kat atuk aku yang berada di belakang pokok tadi. Pastu mawas itu tinggalkan kawan atuk dan terus berlari menuju ke arah atuk aku. Atuk aku lutut dah goyang, dah tak larat nak berlari dan cuma terpaku saja di situ. 

Sampai saja mawas itu di depan muka atuk aku, dengan giginya yang tajam, mata merah dia merenung, tangan dia naik tinggi dan terus tepuk bahu atuk aku kuat-kuat. 

Pastu mawas itu pula lari dan atuk aku kejar dia. Mawas itu 'Sepp' kawan atuk aku yang tengah duduk itu. Pastu diorang lari sama-ama kena kejar dengan atuk aku. 

Camtulah diorang seterusnya sampai petang. Sampai dah penat, semua balik ke rumah masing-masing. 

Sumber: @Akmelnhakim

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...