Menurut salah seorang ibu mangsa, Pan, berkata, anaknya selalu pulang ke rumah dengan kesan bintik-bintik merah di seluruh badan seperti dicucuk dengan benda tajam.
"Salah seorang ibu murid berkata, dia ternampak kesan bintik merah seperti dicucuk dengan jarum di tangan anaknya. Anaknya kemudian mendedahkan dia telah ditikam dengan klip kertas oleh gurunya," katanya.
Sabtu lalu, golongan ibu bapa murid tadika tersebut turut menyuarakan kebimbangan mereka dalam group chat berhubung kejadian itu, Ramai yang berasa curiga dengan kesan bintik-bintik merah itu.
Pan bersama dengan beberapa ibu bapa murid lain kemudian menuntut untuk menonton video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pihak tadika untuk mengenal pasti apakah sebenarnya yang berlaku kepada anak-anak mereka.
Video CCTV menunjukkan, salah seorang suspek menahan seorang murid lelaki dari cuba melepaskan diri. Dalam masa yang sama, suspek menikam mangsa beberapa kali dengan objek di tangannya kerana mereka enggan tidur mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Kes itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis dan dua suspek telah ditahan untuk disoal siasat.
Pihak Tadika Jinmiao mengesahkan kejadian itu berlaku di tadikannya dan dua guru terbabit yang dikenali sebagai Lan dan Yang.