The Reporter

(Video) 'Tukar lane ikut suka dia je' - 1 maut, 2 cedera ditimpa kayu balak


Seorang maut, manakala dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan yang berlaku pada pagi Khamis lalu di bandar Jiangxi, di mana kesemua mangsa ditimpa kayu balak dari sebuah lori yang terbabas. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, lori balak terbabit cuba mengelak sebuah motosikal jenis skuter yang secara tiba-tiba mahu memasuki laluannya di persimpangan lampu isyarat. 

Akibatnya, lori itu terbabas dan muatan kayu balak terjatuh lalu menimpa tiga mangsa yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dari arah bertentangan. 

Penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu kereta ditimpa kayu balak tersebut menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera dikejarkan ke hospital. 




Polis sedang menyiasat kes kemalangan itu dan pemandu lori itu direman untuk siasatan. 


Sementara itu di media sosial, ramai netizen mendakwa penunggang motosikal skuter itu yang menjadi punca sebenar kemalangan. 

Sumber: Shanghaiist

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...