The Reporter

Polis dah rakam keterangan Cik Non yang didakwa menghina Sabah

Nor Shahadah Aisyah atau Cik Non yang tak lekang dengan kontroversi di media sosial, telah memberi keterangan di Bukit Aman semalam. 


Beberapa hari lalu, pengasas produk kecantikan terbabit didakwa menyalahgunakan Facebook untuk menghina rakyat Sabah yang katanya menjadi penyebab peningkatan kes Covid-19. 


Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Cik Non hadir di Bukit Aman petang semalam untuk memberi keterangan. 


"Pegawai penyiasat sudah merakam keterangan wanita itu. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Khamis (8/10/2020). 


Terdahulu, Cik Non memuat naik kenyataan yang berunsur penghinaan kepada rakyat Sabah yang dianggapnya miskin. Lebih-lebih perempuan Sabah yang didakwanya hodoh dan patut membeli produk kecantikannya. 


Namun begitu, ramai netizen yang membuat gambar perbandingan antara gambar Cik Non dengan sumandak Sabah yang ternyata lebih cantik. 


LAPORAN BERKAITAN

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...