The Reporter

'Bila kena kat keluarga sendiri, pandai plak nak buka mulut hingaq' - kata Rita Rudaini kepada Dr MAZA


Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang menjadi lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19. Bapanya mengalami muntah dan menjadi lemah, selain diserang angin ahmar di bahagian sensitif kepalanya. Hal itu menimbulkan persoalan Asri sama ada ia berkaitan dengan vaksin dan menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) memberi penjelasan. 


Dalam masa sama, Asri meminta pihak berkuasa tidak menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai selepas mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19. Malah, menyarankan KKM menangguhkan pemberian dos penggalak kerana bimbang mempunyai kesan serius terhadap kesihatan. 



"Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius. Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko Covid-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini," katanya. 


Laporan berita itu menarik perhatian pelakon Rita Rudaini yang kemudian memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan terhadap Asri melalui akaun Instagramnya. 


"Bila kena kat keluarga sendiri, pandai plak nak buka mulut hingaq. Selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen dan jilat tak sangga. 


"Ikhtiar dah jadi iktibar, Tuhan bagi hint suruh buka mata, Tuhan dah bagi teguran hari-hari. Tak semestinya orang yang jahil, hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah SWT. 


"Dulu kata beksin melindungi. Sejak mangkit dari koma ni macam kena kutey dari Tuhan. Belum kena tampaq lagi. By the way, syok dengaq dan tengok video dulu, dia dok angkat beksin. Takut takleh keluaq TV ka," tulisnya. 



Dalam masa sama, Rita turut memerli KKM berhubung berlakunya dua kematian yang disahkan berpunca dari vaksin di Penjara Kajang. 



Sumber: MalaysiaKini, Instagram Rita Rudaini

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...