The Reporter

'Isteri minta dibunuh, akhirnya saya bunuh dia' - Suami tikam isteri sebanyak 14 kali kerana berang disuruh mencari kerja


Seorang lelaki tergamak menghabiskan nyawa isterinya kerana berang disuruh mencari pekerjaan. Suspek, Khanifah @ Andre membunuh mangsa, Indah Safitri di rumah sewa mereka di Jawa Tengah pada Sabtu, 15 Januari 2022. 


Dalam keterangan awal, Khanifah mengaku dia membunuh isterinya kerana berang disuruh mencari kerja. Sebelum itu, Khanifah menolak permintaan isterinya kerana dia tidak sihat dan mahu pergi berubat. Selain diminta mencari kerja, Khanifah mengaku  dia kerap dimarahi oleh Indah kerana sudah menganggur terlalu lama dan tidak mahu mencari pekerjaan. 


"Iya benar, isteri saya selalu marah-marah sebab saya menganggur. Pada hari kejadian, kepala saya sakit disebabkan kesan kemalangan dua tahun lalu. Hal ini membuatkan saya hilang konsentrasi dan tidak bekerja," katanya. 


Difahamkan, Khanifah dan Indah sudah mendirikan rumah tangga lapan tahun. Khanifah sebelum ini bekerja sebagai pengangkat barang di Semarang. 


Gara-gara tidak berpuas hati disuruh mencari kerja, sedangkan kepalanya masih sakit dan tidak sembuh, Khanifah meminta Indah membunuhnya. Tetapi Indah meminta agar Khanifah pula membunuhnya. 


"Isteri saya minta dibunuh, akhirnya saya bunuh. Isteri ditikam di bahagian leher. Selepas membunuh dia, saya pergi menjemput anak bongsu di rumah mertua dan mengajaknya ke kedai untuk membeli jajan. Saya tahu bahawa isteri saya telah mati dan waktu nak balik ke rumah saya takut anak ternampak mayat ibunya," katanya. 


Polis percaya Khanifah membunuh mangsa lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari setelah dijemput oleh suaminya pulang ke rumah untuk berehat. Namun berlaku perkara yang tidak diingini membuatkan Khanifah tersinggung lalu menyebabkan mangsa ditikam menggunakan pisau tepat di bahagian leher.


Mangsa sebelum itu berlari meminta pertolongan dari jiran. Namun sempat ditikam di bahagian leher oleh suspek membuatkan mangsa terjatuh lalu ditusuk sebanyak 14 kali. Kejadian itu turut disaksikan oleh jiran yang tidak berani membantu kerana suspek sedang memegang pisau. 


Suspek ditahan polis dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun. 


Sumber: Tribun News

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...