The Reporter

'Silap saya lancang chat dengan bini orang camtu' - Lelaki tampil mohon maaf, sedar akan kesilapannya


Susulan tular posting di Facebook yang mendakwa seorang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang, lelaki berkenaan tampil memohon maaf di atas kesilapannya. 


Baca: 'Makin geram tengok badan kau, kalau jadi bini aku tiap malam aku b***l kau puas²' - Lelaki didakwa lakukan gangguan seksual terhadap isteri orang


Lelaki yang dikenali sebagai Miezan itu memohon maaf dan sedar akan perbuatannya itu salah serta memohon orang ramai tidak lagi memperbesarkan hal itu. 


"Aku nak minta maaf atas perkara viral yang berlaku sekarang ini. Aku mengaku ini semua memang salah aku kerana mengganggu isteri orang. Aku harap semua jangan memperbesarkan lagi hal ini dan sekali lagi aku betul-betul minta maaf," katanya. 


Miezan bagaimanapun kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang didakwa sengaja mengaibkannya dengan tidak menunjukkan perbualan penuh mereka. 


"Memang silap saya sebab lancang chat dengan bini orang macam tu. Tapi tolong beritahu dekat owner kalau nak aibkan saya pun bagilah screenshot chat penuh, baru orang tahu cerita penuh. 


"Jangan post screenshot chat yang tak bersih dan yang nampak kesilapan saya je. Macam ni macam tak cantiklah. Takut baik-baik nak buka aib saya, jadi sebarkan fitnah pula. 


"Apa-apa pun, lancang-lancang mulut saya dekat bini dia tu, saya ada minta maaf juga tetapi dia cut part chat yang saya minta maaf tu," ujarnya yang turut memaklumkan sudah membuat laporan polis. 


Tindakan netizen yang mengaitkan keluarga terutama ibu bapanya juga membuatkan Miezan kesal dan malu. Rumah keluarganya turut didatangi beberapa individu yang tidak dikenali ekoran posting viral tersebut. 


"Sekarang ni benda pun orang tua saya yang tiada kaitan, orang babikan dan rumah saya pun telah didatangi beberapa remaja atas isu saya yang viral ini. Jadi, tak sedaplah kan," ujarnya. 


Di akhir kenyataannya, Miezan berterima kasih kepada mana-mana pihak yang 'membantu' mengaibkan dia. 


Sumber: Instagram Miezan

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...