Pelakon Eina Azman terkilan dengan tindakan segelintir netizen memuat naik kenyataan berbaur sindiran di ruangan komen Instagramnya baru-baru ini, berhubung dirinya yang dilaporkan merajuk hanya kerana tidak menerima ucapan selamat ulang tahun kelahiran daripada suaminya.
Sebelum itu, Eina ada memuat naik video yang menunjukkan dirinya menangis mengundang kebimbangan para peminatnya sehingga ada yang membuat spekulasi tentang rumah tangga selebriti berkenaan.
Bagaimanapun persoalan netizen terjawab selepas Eina mendedahkan perkara sebenar, tetapi netizen pula menuduh dia sengaja membuat gimik tersebut untuk pelancaran produknya.
"Ini ke yang beria merajuk hari tu, macam kena tinggal?" kata Siti Shair.
"Betul ramalan netizen," kata Tierah Rahman.
Kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Eina tampil memberi penjelasan yang suaminya telah difitnah oleh netizen.
"@Tierah.Rahman salam, betul apa?? Oh yang fitnah netizen cakap suami curang??? Saya tak pernah cakap suami saya curang. You all yang fitnah suami saya. Takde apa yang kelakar di sini. Thank you," tulisnya.
Sumber: Instagram Eina Azman