The Reporter

'Saya nafi dakwaan Puteri Sarah tentang saya & isteri kedua lakukan persetubuhan luar nikah' - Syamsul Yusof



Syamsul Yusof hari ini menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah, kononnya dia telah melakukan persetubuhan luar nikah dengan Ira Kazar sebelum berkahwin. 


Tuduhan itu katanya tidak berasas dan Syamsul turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 


SYAMSUL TEGUR PUTERI SARAH BUAT FITNAH TERHADAPNYA BERHUBUNG DAKWAAN LAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR NIKAH


"Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua melakukan persetubuhan luar nikah. 


"Minta maaf cakap, JAWI ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari.


"Itu adalah tarikh saya bernikah dan Alhamdulillah perkahwinan kami telah didaftarkan secara sah di Malaysia pada 20 Januari 2023. 


"Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga. 


"Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya," kata Syamsul. 


TAK PERNAH PUKUL PUTERI SARAH


Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia pernah memukul Puteri Sarah. 


"Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila dapat tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini? 


"Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itu ke? 


TAKKAN AMBIL ANAK-ANAK DARI PUTERI SARAH


"Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu. Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain. 


"Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri," katanya. 


Sumber: Xtra

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...