Sedangkan kawasan itu merupakan laluan utama dan tempat letak kereta awam, tidak sesuai dijadikan sebagai tapak aktiviti perniagaan.
Berdasarkan gambar, masih ada banyak kereta di petak parkir, tetapi peniaga dipercayai tidak mempunyai pilihan, terpaksa membuka khemah perniagaan mereka di hadapan kenderaan orang awam. Dan hal ini menimbulkan persoalan, bagaimana pemilik kenderaan hendak keluar dari kawasan itu?
"Kawasan ini memang tidak sesuai untuk buat bazar. Ada pasar raya, kedai-kedai dan stesen LRT di situ. Ada tapak driving school yang terbiar berhampiran. Apa kata usahakan dan buat di situ?" komen Cat Butler.
"Mungkin Bazar Ramadan dah start perlu ada perancangan rapi di mana perlu kurangkan penggunaan tempat letak kereta di kawasan parking lot yang lazimnya sesak. Sediakan alternatif lain, kasihan pada peniaga dan pemilik kenderaan," komen Lylayejiapsa.
Bagaimanapun menurut netizen, pihak MBSJ telah meletakkan kain rentang yang memaklumkan kawasan itu perlu dikosongkan bermula dari jam 3 petang.
"Padahal banner naik dah kena kosongkan tempat parking kereta bermula jam 4 petang. Mostly orang bekerja yang naik LRT, parking di sini. Possible ke kosongkan tapak sebelum jam 3 petang?" komen Hemirra.
"Banner dah naik, kotak berniaga pun dah diterangkan. Tetapi jenis-jenis yang 'Eh ada je lagi orang yang parking, boleh lagi kot'. So parkinglah beramai-ramai kat situ. Padahal memang tiap tahun bazar ada kat sini," komen Cloud.
Walaupun begitu, netizen tetap berpendapat penganjur dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencari lokasi yang sesuai sebelum menetapkan keputusan untuk membuka bazar di kawasan itu.
Sumber: Twitter