"Sebagai seorang wartawan, saya sangat kecewa dengan paper @hmetromy yang menggunakan nama saya untuk menimbulkan fitnah. Takde belajar etika kewartawanan ke dulu?" demikian kata pelakon Ahirine Ahirudin menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Ahirine, 26, yang juga anak kepada Datuk Ahirudin Attan (Rocky Bru) itu berkata, mengakui terkejut dengan pelaporan berita tersebut yang melabelkannya sebagai penyondol dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.
Difahamkan, laporan, 'Tak rasa bersalah ke jadi penyondol' itu dibuat berdasarkan komen-komen netizen yang membuat spekulasi sendiri berdasarkan perkongsian gambar-gambar Farid bersama Ahirine dalam Instagram Farid. Sedangkan dalam kapsyen gambar tersebut jelas mengatakan dua pelakon berkenaan terbabit dalam filem Rempit 2.
"Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid. Macam mana pula nama saya dikaitkan dengan Farid, sedangkan saya kini dalam fasa bahagia bersama teman lelaki," katanya.
Ahirine menegaskan, hubungannya dengan Farid hanya atas dasar kerja dan mereka amat profesional.
"Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni," katanya.
Sumber: Instagram Ahirine, Harian Metro